Uhm, is this proper protocol or did UMNO just managed to secure itself a seat in the United Nations?Saya terserempak dengan bendera-bendera ini di sebuah hotel lima bintang yang terkenal di pusat bandar hari ini. Sebenarnya hotel ini merupakan tempat penginapan untuk permerhati-permerhati dari luar negara yang memantau Perhimpunan Agung UMNO yang dijangka berakhir pada Sabtu, 28 Mac 2009 ini. Cukup menakjubkan bahawa parti berkenaan menganggap mereka ibarat sebuah negara. Tindakan sebegini tidak juga boleh dikatakan sebagai taksub, maupun bongkak. Mari kita renungkan bersama-sama.
Sebelum meneruskan nukilan, ingin saya memohon maaf dari parti(?) UMNO kerana menggunakan gambar kedua (seperti dibawah) yang diambil pada malam Gemerlap 14 di Kampung Baru. Semata-mata gambar tersebut digunakan untuk tujuan ilustrasi dan bukannya untuk propaganda hitam. Maklumlah, saya ini pun bukan bersabit dengan sebarang media lama yang dibenar melapor suasana dari PWTC. Sedih.
Berbalik kepada perkara bendera. Dari sudut pandangan saya, wujudnya dua kemungkinan bagi UMNO menaiktarafkan status mereka dari sebuah parti ke sebuah negara. Pertama, jumlah ahli UMNO pada masa ini keseluruhannya sama ataupun lebih daripada jumlah penduduk sesetengah negara yang adanya sekarang...
...ataupun kedua, jumlah pendapatan per kapita setahun kesemua ahli UMNO mencecah, kemungkinan mengatasi Keluaran Dalam Negara Kasar (dalam bahasa Mat Salleh 'Gross Domestic Product', disingkatkan ke GDP) dua, tiga negara yang menghantar pemantau-pemantau tersebut.
Sekian.
Sebelum meneruskan nukilan, ingin saya memohon maaf dari parti(?) UMNO kerana menggunakan gambar kedua (seperti dibawah) yang diambil pada malam Gemerlap 14 di Kampung Baru. Semata-mata gambar tersebut digunakan untuk tujuan ilustrasi dan bukannya untuk propaganda hitam. Maklumlah, saya ini pun bukan bersabit dengan sebarang media lama yang dibenar melapor suasana dari PWTC. Sedih.
Berbalik kepada perkara bendera. Dari sudut pandangan saya, wujudnya dua kemungkinan bagi UMNO menaiktarafkan status mereka dari sebuah parti ke sebuah negara. Pertama, jumlah ahli UMNO pada masa ini keseluruhannya sama ataupun lebih daripada jumlah penduduk sesetengah negara yang adanya sekarang...
...
...
...
The folks at PWTC should relax. Its only for illustration purpose. Don't get too excited.
...ataupun kedua, jumlah pendapatan per kapita setahun kesemua ahli UMNO mencecah, kemungkinan mengatasi Keluaran Dalam Negara Kasar (dalam bahasa Mat Salleh 'Gross Domestic Product', disingkatkan ke GDP) dua, tiga negara yang menghantar pemantau-pemantau tersebut.Sekian.



0 comments:
Post a Comment